04 March 2014

Acer dedahkan Ultrabook Aspire P3

Acer telah mendedahkan Aspire P3 iaitu Ultrabook Windows 8 yang mempunyai dua fungsi iaitu laptop dan tablet. Skrin P3 boleh diletakkan ke hadapan seperti sebuah laptop atau dilipat turun untuk mod tablet lengkap dengan stilus.

Acer Aspire P3 menggunakan Windows 8, pemproses Core i3 CPU (boleh ditingkatkan ke i5), 2GB atau 4GB RAM dan 60GB atau 120GB SSD dijual dari harga US$799. Aspire P3 berasaskan tablet Iconia W700 yang dilancarkan tahun lalu tetapi ia hanya mempunyai skrin IPS dengan resolusi 1366x768 dan bukan 1080p.


Tablet  P3 mempunyai berat keseluruhan 1.39kg dengan 790g adalah berat tablet dan 600g pula berat papan kekunci. Aspek P3 yang lain, ia menggunakan bateri 40Wh yang mampu menampung masa penggunaan selama 6 jam, mempunyai kamera belakang 5MP dan capaian-capaian 802.11a/b/g/n WiFi, Bluetooth 4.0, sambungan micro HDMI, dan sebuah port USB 3.0.