75 peratus Ketua Kerajaan Sedunia ada Twitter
Kajian baru dari Digital Policy Council (DPC) menunjukkan 75
peratus daripada Ketua Kerajaan Sedunia mempunyai kehadiran Twitter.
Kajian tahunan DPC menilai sejumlah 164 negara, dan
mendapati tahun ini bahawa 123 daripada ketua kerajaan mereka ada Twitter, sama
ada dengan pengendalian peribadi atau secara rasmi kerajaan. Peningkatan ketara
dari tahun 2011, apabila hanya 69 daripada 164 negara mempunyai kehadiran
Twitter.
Dari segi pengikut, kajian mendapati Presiden AS Barack
Obama mmepunyai 25 juta pengikut iaitu terbanyak di dunia. Hugo Chavez dari Venezuela
di tempat kedua dengan 3.5 juta pengikut.
Twitter sentiasa menetapkan rekod baru dari segi pengguna
dan aktiviti pada kadar yang hampir menjengkelkan, dan ia dikatakan mengalihkan
semua penggunaan itu kepada hasil yang serius. Ia membuatkan sesetengah ketua
kerajaan mula serius untuk menghargai nilai platform ini.
