04 March 2014

ALCATEL kembali ke Malaysia dan lancar produk baru


ALCATEL dan Ten Ten Telecommunications bekerjasama untuk menyediakan teknologi mobil yang mudah, berlainan dan pintar di Malaysia

ALCATEL dengan kerjasama Ten Ten Telecommunications kembali ke Malaysia menawarkan siri ONE TOUCH.

ALCATEL ingin membuatkan kehidupan rakyat Malaysia lebih baik dengan peranti yang berwana-warni, mudah guna dan ditawarkan dalam harga yang berpatutan.

Untuk itu ALCATEL telah melancarkan beberapa model seperti ALCATEL ONE TOUCH EXPLORE 997D, ALCATEL ONE TOUCH INSIGHT 993D dan ALCATEL TOUCH TAB T10 yang berada dalam siri ALCATEL ONE TOUCH di Malaysia tahun ini.


ALCATEL ONE TOUCH INSIGHT 993D

GSM Quadband (1900/850/1800/900) UMTS 900/2100; pemproses 1GHz; memori 512MB RAM; Android 4.0 Ice Cream Sandwich; saiz 4.0-inci dengan skrin WVGA 480X800 pixels; bateri 1500mAH; kamera 5.0MP; sambungan Bluetooth 3.0, WiFi; slot Mikro SD. Harga cadangan : RM 599 

ALCATEL ONE TOUCH EXPLORE 997D

GSM Quadband (1900/850/1800/900) UMTS 900/2100; sedia dwi-sim; pemproses dwi-teras 1GHz; memori 1GB RAM; Android 4.0 ICS; saiz: 4.3-inci dengan skrin WVGA 800x480 pixels; bateri Li-ion 1800mAh; kamera 8.0MP;  sambungan Bluetooth™ 2.1, 3.0, WiFi; slot Mikro SD; lapisan nano kalis cecair. Harga cadangan : RM799 

ALCATEL ONE TOUCH TAB T10


Rockchip RK2918; pemproses 1 GHZ Arm Cortex A8; memori 1 GB RAM; Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich; paparan 7-inci, 800 X 480, WVGA, TFT; bateri 3000mAh; kamera hadapan 0.3MP; paparan video 1090P HD; WiFi. Harga cadangan : RM499  
Acer dedahkan Ultrabook Aspire P3

Acer telah mendedahkan Aspire P3 iaitu Ultrabook Windows 8 yang mempunyai dua fungsi iaitu laptop dan tablet. Skrin P3 boleh diletakkan ke hadapan seperti sebuah laptop atau dilipat turun untuk mod tablet lengkap dengan stilus.

Acer Aspire P3 menggunakan Windows 8, pemproses Core i3 CPU (boleh ditingkatkan ke i5), 2GB atau 4GB RAM dan 60GB atau 120GB SSD dijual dari harga US$799. Aspire P3 berasaskan tablet Iconia W700 yang dilancarkan tahun lalu tetapi ia hanya mempunyai skrin IPS dengan resolusi 1366x768 dan bukan 1080p.


Tablet  P3 mempunyai berat keseluruhan 1.39kg dengan 790g adalah berat tablet dan 600g pula berat papan kekunci. Aspek P3 yang lain, ia menggunakan bateri 40Wh yang mampu menampung masa penggunaan selama 6 jam, mempunyai kamera belakang 5MP dan capaian-capaian 802.11a/b/g/n WiFi, Bluetooth 4.0, sambungan micro HDMI, dan sebuah port USB 3.0.
Acer akan lancar Android AiO PC yang gunakan Intel Haswell



Acer akan melancarkan peranti semua dalam satu yang menggunakan Intel Haswell 3GHz Core-i5 dan menggunakan Android. Peranti Android AiO ini menggunakan paparan 21.5 inci Smart Display DA220HQL dikuasai ARM.


Peranti AiO yang pertama dikuasai Intel dan menggunakan OS dari Google. Hasilnya peranti ini akan dijual pada harga US$400 di samping menggunakan hanya 1GB RAM dan 8GB ROM. Jika ia benar-benar dilancarkan Acer benar-benar boleh mengelak penggunaan Microsoft Windows RT OS tetapi bolehkah pengguna menerima peranti berasaskan Android ini?
75 peratus Ketua Kerajaan Sedunia ada Twitter



Kajian baru dari Digital Policy Council (DPC) menunjukkan 75 peratus daripada Ketua Kerajaan Sedunia mempunyai kehadiran Twitter.

Kajian tahunan DPC menilai sejumlah 164 negara, dan mendapati tahun ini bahawa 123 daripada ketua kerajaan mereka ada Twitter, sama ada dengan pengendalian peribadi atau secara rasmi kerajaan. Peningkatan ketara dari tahun 2011, apabila hanya 69 daripada 164 negara mempunyai kehadiran Twitter.

Dari segi pengikut, kajian mendapati Presiden AS Barack Obama mmepunyai 25 juta pengikut iaitu terbanyak di dunia. Hugo Chavez dari Venezuela di tempat kedua dengan 3.5 juta pengikut.


Twitter sentiasa menetapkan rekod baru dari segi pengguna dan aktiviti pada kadar yang hampir menjengkelkan, dan ia dikatakan mengalihkan semua penggunaan itu kepada hasil yang serius. Ia membuatkan sesetengah ketua kerajaan mula serius untuk menghargai nilai platform ini.